Saturday, 10 June 2017

# BasicRoutine # Beauty

Skincare Routine

Assalamualaikum.
So today nak share sikit pasal pemilihan produk untuk kulit muka tak kiralah untuk makeup ke skincare routine. Semua aku nak cerita kat entry ni.
To be honest, aku bukanlah perempuan yang 24hours makeup and jaga muka sangat. Nak kata flawless tu lagilah jauh. Sebab aku ni ada malasnya sikit. Ikut mood tapi kadang kadang sedar diri dahlah tak berapa lawo, pemalas pulak so kena jaga kebersihan. Giteww!
Kulit muka aku ni takdelah sesuci mana, ada je wrinkles kat mata, eyebag pun ada lagi lagi bila dekat final. Takyah ditegur, memang sentiasa menemani. Memandangkan kulit muka aku ni ada banyak masalah, aku kena betul betul menitikberatkan produk yang aku nak guna. Aku akan belek and ambil tahu ingredients produk tu. Yelah kita nak tepek kat muka, kalau ingredients tak sesuai dgn kulit muka lepastu main tepek je haa amik kau buruk jadinya muka. Minta simpang!
Tapi Alhamdulillah sekarang okay dah. Tak teruk macam dulu cuma sekarang nak hilangkan parut and sunburn. Actually bila korang nak cuba produk apa apa, korang boleh je request sample dekat website diaorang. Jangan malu jangan segan. Free pun ye, dapat tahu mana yang sesuai dengan kulit korang pun ye. Jimat! So, bagi yang rasa macam membazir nak beli set ke apa, request je sample okay? Kalau takde sample, korang carilah trial kit punya. Tak mahal mana pun tau. 
♥♥♥iheartpictures♥♥♥
Lagi satu, makesure korang tahu jenis kulit muka korang tu apa. Memudahkan korang untuk beli and pilih produk yang sesuai. Jangan main sebat je lepastu tepek kat muka. Eh jangan okay! Kang tak pasal pasal naik jerawat sana sini, kulit mengelupas. Haa siapa susah? So please, kenal dulu kulit muka korang jenis apa. 
Macam Mana Nak Tahu Jenis Kulit?
First sekali, basuh muka korang macam biasa. Tunggu dalam masa 30minit hingga 1 jam. Jangan apply apa apa lepas basuh muka tu. 
Lepas dalam 30 minit or 1jam tu kulit muka korang berminyak, kulit korang jenis oily
Tapi kalau rasa kering, tu jenis kulit dry. Kalau T-zone je yang rasa berminyak and part lain biasa je cam okay je, tu combination skin
Habis kalau rasa okay je kulit, tu maknanya kulit korang okay je normal. You're very lucky okay babe!
Kalau rasa korang beli produk dekat drugstore or outlet satu brand tu confirm ada salesgirl. Ye ye je aku label salesgirl sukahati je kan!
Korang mintalah tolong diaorang yang sentiasa berdiri tanpa jemu senyum sambut korang masuk tu. Minta suggestion. Mesti diaorang tengok and bagitahu jenis kulit korang apa and apa yang sesuai untuk masalah kulit korang. Giteww! Sekali lagi, jangan malu jangan segan HAHAHA buat muka tembok pun takpe. 
Okay, next entry sambung. Kemain kan nak berpart part sekarang.
Toodles!

No comments:

Post a Comment