Tuesday, 30 May 2017

#CikZaSkincareJourney Part 3

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update entry sambungan #CikZaSkincareJourney Part 3. Tak baca lagi part 1 and part 2? Its okay, meh aku bagi link. Click je icon comel kat bawah tu, confirm korang sampai kat entry part 1 and part 2
Betul kan, Beauty Is Pain. After a few months, awal tahun 2017 aku mula buat survey balik. Aku terus taknak guna local product, sebab apa yang aku perhati warna dan tekstur krim semua sama. Ada kandungan merkuri and hydroquinon *entah betul entah tidak aku eja. Korang perasan tak? Ke aku sorang je yang perasan?👀 Aku mula fikir nak guna product yang ada dalam Watsons and Guardian. Survey punya survey, ramai pulak yang pakai Cetaphil. 
 CETAPHIL tu apa pulak?!
Cetaphil Moisturizing Cream 453gCetaphil Face Set (Skin Cleanser 250ml + Cetaphil Moisturising Cream 100g)Cetaphil Gentle Skin Cleanser 473ml x 2 + Free Gift
Mula mula aku cuma beli Cetaphil Gentle Skin Cleanser. First impression aku ialah....
"Aik kenapa tak berbuih and takde bau?Amazing! Tapi macam tak puas cuci muka"
Hahaha baru aku tahu, product yang elok ialah product yang tak berbau dan tak berbuih. Jahil sangat kan pasal skincare, suka main tepek je. Aku sabar je sebab fikir muka nak elok balik, lantaklah janji kulit muka elok macam dulu tak kusam. Tak sampai sebulan, alhamdulillah jerawat pasir kat dahi dah kurang. Muka pun so far okay takde masalah dah kurang oily. 
Apa yang best dengan product Cetaphil ni?
Sesuai untuk semua jenis kulit *Gentle Skin Cleanser
Boleh guna untuk muka dan badan
Takde bau, senang cerita soap&fragrance free
Tak memedihkan mata langsunggg!👍
Product yang disyorkan oleh dermatologi
Melembapkan kulit
Harga yang berpatutan
So, why not if siapa yang ada jerawat pasir ke apa, cuba je pakai. Kalau takut tak berkesan, beli yang travel set. Murah pun murah dalam RM16 something. Lengkap pun ye, so just try! Kita ikhtiar mana yang mampu. Nak lawa kan? Tak rugi kalau cuba. 
Toodles!
Not a sponsored post review, I review seikhlas hati. Just sharing the things that I tried! Cetaphil, I am your big fans!

Monday, 29 May 2017

Macam Mana Nak Start Business?

Assalamualaikum.
Hi! Hehe lama tak update entry kan? Aku ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat berpuasa semua!☺Jangan ponteng puasa okay? Melainkan kalau uzur tu takpalah hahaha. Jaga mata, jaga mulut and jaga hati. Kang sia sia je berkurang pulak pahala puasa.
Nampak tak title entry kalini? Kemain kang title macamlah hidup dah berpuluh tahun. Takda apa, aku cuma nak share dekat semua apa yang aku nak buat, in progress ke apa ke. Just sharing, tak salahkan? Mana tahu korang pun boleh jana pendapatan buat side income ke, betul tak?
Before nak start business, korang kena tentukan bisnes apa yang korang nak buat. Sama ada produk atau servis? Nak jual produk sendiri ke jual produk oranglain? Korang kena tentukan jugak dekat mana produk tu nak dipasarkan. Bukan main hentam je tau, nanti rugi. Penting sebab kita nak tahu target pasaran dan spesifik pelangganSelain daripada tu, korang kena fikir jugak packaging ataupun cara pembungkusan produk korang. Kalau mampu, hire designer. Tapi kalau korang newbie and modal kecil, its okaylah! Download photoshop je ok heheTutorial bersepah kat internet and youtube.
Then, cari nama syarikat atau brand. Nama pulak janganlah pelik sampaikan terbelit terbeliak biji mata nak sebut. Yang senang diingat and senang disebut je tau! Yang ada commercial value gitewwwDaftar sekali SSM okay, tapi tengoklah dulu keadaan. Sama ada nak daftar atas Sdn Bhd ke apa ke kan. Dah masuk undang undang perniagaan dah ni hahaha.
Korang boleh dah buat business card lepas settle nama syarikat, daftar SSM semua tu. Hantar je logo atau design dekat kedai print, paling murah aku dapat haritu dalam RM30 something untuk 100pcs. Murah kan dalam zaman ekonomi gawat gini? Nanti aku selongkar balik otak aku, aku share kat sini mana tempat print tu okay!
Oh lupa! Bila daftar syarikat dengan SSM ada bayaran tau. Bawah ni list charge :-
Kalau bisnes biasa dalam RM70 tak silap. 
Enterprise pulak dalam RM100-+ gitu je
Tapi kalau nak berdaftar syarikat guna SDN BHD, kena berurusan dengan Setiausaha syarikat.
Settle part tu, boleh dah korang create acc facebook, install whatsapp, create page segala benda. Kalau expert buat website or blog, digalakkan sangat sangat okay hehe.
Setakat ni je kot untuk kalini, inshaAllah aku buat entry lain nanti okay? Penat sikit ni
Toodles!❤

Wednesday, 24 May 2017

#CikZaSkincareJourney Part 2

Assalamualaikum.
Wah, kemain diva berpart part engko. Hahaha yashe yashe je.
Okay meh sambung cerita lalu. Lama nau tunggu sambungan kalah sinetron tv3.
So bila makin lama makin teruk muka, aku pun mulalah fikir nak tukar product. Survey punya survey, haa okay ngam terus beli product B. Gigih okay google siap buka page HQ semua nak tengok respond orang dekat product B tu. Aku pakai product tu dalam 2 minggu lepastu perasan makin gelap pulak muka plus rasa kulit muka macam nipis sangat!😢
Terus STOP pakai!
Gigih lagi sekali untuk cuba cara lain sebab kulit muka makin teruk, makin kusam, jerawat kecik kat dahi bersepah dah mula bawak geng mai kat pipi pulak! Serabut sedih waktu tu Allah je tahu. Hilang rasa confident nak jumpa orang.
After a few months, aku decide nak buat treatment dekat pakar kulit. Kat situ harga boleh tahanlah, sakit jantung jugak nak membayo tapi Alhamdulillah laki aku sponsor. Ngehngeh👀
Treatment tu pulak every 2 weeks. Mula mula buang whitehead/blackhead. Lepastu nyahkan jerawat yang bersepah. Sepanjang treatment tu, sakit tu yaAllah kalau dapat ku sedekahkan kat orang, orang semua taknak. Betul orang kata, Beauty Is Pain. Settle treatment, tunggu for a few weeks, tak pakai makeup segala just pakai product dari doctor, takda apa yang berubah.
................
Sedih hoi!Terus cakap "sorry, i want to stop the treatment"
Sebab apa? Nampak gelojoh kan? 
Sebab dah malas nak buat apa apa. Dah penat orang kata. Asyik try and error macam tikus makmal. Sakit satu hal, tak elok elok pulak. Duit tabur sana sini. Kecantikan ni satu pelaburan gaissss!
Discontinued....
Toodles!❤

Tuesday, 23 May 2017

Cuba Positive Sikit

Assalamualaikum.
Hi. Lama jugak rasanya tak update any entry sejak busy dengan final. Macam macam nak kena buat. Dengan study, pre-registration lagi, business lagi. Fuhfuhh!
Kadang kadang, apa yang aku perhati, orang sekeliling suka menyibuk pasal kita. Sama ada, jaga tepi kain, atas kain, eyeshadow tak blend elok pun jadi isu. Alahai orang kita! Aku sebagai seorang pelajar kolej dah masak dengan perangai orang. Kejap macam ni, kejap macam tu. Jadi serba salah. Buat itu tak betul, buat ini lagilah tak betul. Asyik mencari kesalahan orang je. 
Tak tahu menahu pasal kita, kenal pun macam tu je, dah mula mengata itu ini. Cuba positive. 
Bila nampak seseorang tu berpakaian mahal, mula keluar cerita yang orang tu ada sugar daddy, anak orang berada, buat benda tak elok, kaki kikis. Tak baik!
Mungkin orang tu ada buat business sendiri, cari side income sendiri. Jangan asyik negative.
Aku pun tak terlepas daripada umpatan macam tu. Ada je cerita panas. Eh rasa macam diri ni seorang retis giteww! Hahaha. Sebab tu aku jenis leklek chill je pakai ala kadar setakat nak gi kolej. Muka orang yang sama jugak aku jumpa
Aku sekarang focus on my studies, focus on my business. Lagi lagi business baru nak bertatih balik, *tulah mengada sangat nak stop business bila dah kukuh dulu
InshaAllah next entry aku cerita pasal business akulah ye. Yashe yashe je pun tapi apa salahnya nak cerita jadi satu kenangan ke mana tahu aku terlupa ingatan lepas beranak nantiHaa kita taktahu kan? 
Toodles!❤

Saturday, 20 May 2017

News Of Myself

Assalamualaikum.
It has been a while since I write and update posts. I don't know why, I happened to through such hectic days and to be honest you can consider that I'm busy with final exam and yeah there are so much things I wanna do and keep trying to do so at this moment blog is not my priority, maybe? HAHAHA

 To be honest, I badly wanted  to write something in my blog like want to tell and express all things that popped out in my head but surely couldn't find any suitable time and when at the same time my brain keeps remind me, "HELLO GIRL, YOU SHOULD DO SOME REVISION FOR FINAL EXAM!
Ugh!
Nevermind, cuti semester nanti bantai tidur. *pujuk diri sedapkan hati
While doing my revision....
"how much money I hv spent but howww can it flew all the way just like thattt omg today's worldly is so pricey i am innocent"
.......
Tu kira okaylah kan, belum ada drama lagi baik....
Contohnya?
"struggle to sleep sufficiently + wheres the food WHERES FOODDD?!"
#dramasangat

Actually, theres alot in my mind. 
Even with blogging, theres a lot of efforts I have to pour onto. Apa lagi kalau kerja dekat rumah, assignments things regarding studying. Seriously, belajar memang susah, tapi ia akan jadi seronok kalau kita pandai bahagikan masa and just have fun sambil study. Siapa yang pernah cakap senang? 

Nak achieve something, kena usaha. Effort nak hadap semua subject, suka atau tak kat lecturer or classmates semua kena ketepikan. Sebab apa?
 
Sebab nak cepat habis belajar! Nak graduate!

 Aku seorang yang cepat nak catch up, tapi bila ada topic yang aku tak datang class, aku akan blur gila. Even dah ada yang tolong terangkan ke apa, tetap macam tu HAHA

 I am too brave taking the risks ke? I don’t think so.
 However, I trust Allah, I believe in myself, I can through this.  He knows we are tired, He knows we are suffering. But know that Allah never put us in a situation we cannot handle. Allah knows while I'm not. 

Toodles!❤

Monday, 15 May 2017

#CikZaSkincareJourney

Assalamualaikum.
Macam makin rajin bersemangat je update new entry kan? 
Entah sampai bila tah rajin ni, dah akhir akhir sem tinggal nak hadap final exam boleh ceritalah rajin update. Sabar jap nanti dah start new semester, kibut semuanya. Mana yang meroyan pencil case hilang, beg rosak, baju seluar tak muat, nak beli tudung baru.. Haa sabar jap👀😆
Okay back to the topic. 
Siapa je yang takda masalah kulit muka? Tell me! Nak gi bertapa menuntut ilmu kat dia.
Since aku mengalami masalah kulit muka combined, oily tapi sensitive. Imaginelah kalau boleh... 
*gambar hiasan
To be honest, before this zaman sekolah memang kulit muka tak berapa ada nur tapi cerah. Entah macam mana semangat sangat nak masuk acara padang memang macam udang bakarlah kan dengan tak pakai any sun protect kebenda. Masuk college, mula pakai skincare. Diknon, maaf ya kakak tak banyak duit lagi nak hadap saman so kakak takmo bagitahu nama local product tu😥
 Mula mula pakai tu YaAllah bangga riaklah weh sebab kulit makin cerah pinkish pinkish giteww bila kena matahari. Lepastu takde jerawat langsung, eh lagi bertambah angkuhlah daku promote product tu. Tapi, cuti semester pergi holiday... Alkisah lupa nak bawak skincare, so redha jelah kan? Takkan aku nak patah balik, engko ingat dekat?🙆
Lagi takboleh blah, aku kemain makeup... Without any primer, moistrizure. Malam tu naik jerawat seketul lalu berketul ketul. Buat hal!
Balik vacation, mashaAllah burn dik burn. HAHAHA dekat seminggu jugaklah tak keluar rumah. Perangai. Tapi aku masih setia pada yang satu eh, pakai jelah skincare tu. Pelik, makin lama makin burn makin kusam makin berjerawat pulak muka. Orang sekeliling mula tegur kenapa muka teruk apa semua, gila tak down hahaha. Ada jugaklah mengenang nasib di bucu katil.
discontinued
Toodles!❤



Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih

Assalamualaikum.

Sunday, 14 May 2017

Its Not Easy

Assalamualaikum.
Banyak jugak cita cita yang tak dicapai lagi. Bersepah wishlist yang tak gapai. 
Kalau duduk diam je tanpa usaha tak boleh jugak. Kena ada usaha. Usaha tak rugi pun, usaha selagi boleh. Nak dapat result yang cemerlang, usaha dengan belajar and jangan tinggal solat. Mana ada orang belajar sehari terus pandai dapat jawab exam tenang. Kau nak jawab soalan exam pun, kena ada usaha nak menulis dan memadam. Betul kan?
Takdanya jawapan tertulis sendiri sambil goyang kaki tenung siling hall. 
Kadang kadang ada orang yang menganggap, "oh kau senanglah anak orang berada apa kau nak, semua dapat.
Bagi I, takda istilah macam tu dalam family. Nak sesuatu, tunjuk effort!💪
So, apa je yang kau nak, kau kena usaha. Tak salah berangan, tapi biar berpada pada. Tak salah bercakap besar, tapi jangan lupa buktikan. Jangan sekadar bercakap bagai angin sepintas lalu, tapi habuk pun takda. 
Sama macam kau nak hidup senang, tapi mengharapkan ihsan mak bapak. Kaya macam mana pun keluarga kita, jangan terlalu bergantung harap. Belajar untuk kenal dunia, belajar cari duit sendiri. Takdalah kau senang hati sangat bila nak labur duit kat benda yang tak bagi manfaat pada diri kau. Bila kau dah merasa penat lelah cari duit, kau akan hargai nilai duit sepuluh sen. Trust me! Nampak mudah, ya mudah untuk kau meminta kat parents, cuba kau yang usahakan. 
Kau akan belajar erti menghargai.
Nak kenyang pun kena menyuap lagi mengunyah inikan lagi nakkan hidup senang. Ingat petik jari terus kaya raya?
Belajar okay? Belajar cari duit sendiri, belajar berdikari. Jangan lupa, belajar hormat usaha penat lelah orang lain. Jangan sesuka hati complain sana sini, kata itu ini. Jaga percakapan. Ini hati manusia bukan hati ayam. 
Toodles!❤