Monday, 27 February 2017

Menaip Kembali


Assalamualaikum.
Hari hari update. HAHAHA masih dalam mood rajin mungkin. Gigih, asal ada masa lapang sikit je buka laptop and login Kerja Halal aku. Edit template everything, penat sikit terus hadap assignment, dah hadap assignment, download movie. Dah penat download, slow sangat.....

Letak kepala atas meja! HAHAHAHA😄

Jujurnya, sejak delete blog yang lama haritu terus rasa rindu nak menaip entry tengah tengah malam, nak edit html template blog❤

Tapi macam biasa kesuntukkan masa yang amat sangat. Kadang kadang nak remove makeup pun malas gilaaaaa! Haaa bayangkan kesuntukkan plus kemalasan yang amat sangat tu macam mana.

It almost 10 days without him. Alhamdulillah sikit demi sikit boleh hilangkan rasa rindu walaupun selalu teringat. Kenangan kan? Mana boleh lupa, kalau orang amnesia je boleh ingat apa yang dia dah tak ingat satu masa dulu, tak mustahil kita ni yang sihat walafiat akan teringat selalu.

Harini hari Isnin, 27/2/2017. Aku tanpa jemu stalk dia. Tengok last seen dia. Re-read our conversation. We've planned everything for our future but yes, kuasa Allah. Kalau Allah tak izinkan, kalau Allah kata Kun Fa Ya Kun, bumi pun boleh terbalik. Kuasa Allah.

Hati kita ni dipegang oleh Allah. Dibolak balikkan🙍

Allah Maha Mengetahui. Mungkin sekarang Allah pisahkan kita antara satu sama lain dengan orang yang kita sayang, tapi mana tahu suatu hari nanti Allah temukan dan satukan kembali? Fikir secara positif. Kena kuat hadap semua dugaan. Allah tahu hambaNya kuat untuk hadap semua dugaan yang diberikan. Mungkin satu hari nanti, Allah gantikan dengan orang yang lebih baik dari seseorang yang kita harapkan tu. Kita taktahu perancangan Allah😉

Okaylah, setakat ni je mampu aku biarkan jari jemari aku menari diatas keyboard.

Last but not least, be happy and get a new life!💓

Toodles!

Tuesday, 21 February 2017

Keep Positive


Assalamualaikum.
Disebabkan blog masih lagi under renovation, so kena tunggu semua settle. Hehe inshaAllah dah settle nanti kita update new entry hari hari okay. Doakan semuanya dipermudahkan tau!

Its almost 3 days tanpa dia. Yes, its hurt me. Nak taknak kena kuat jugak hadap semua ni. Sampai bila nak bergantung pada orang betul tak? Mungkin ini langkah terbaik kot, created new blog, new account twitter and created new stories of life :)

Tak selamanya seseorang tu akan ada dengan kita walaupun dah terikat dengan ikatan yang halal. Halal for 3months and the end, jodoh tak panjang orang kata kan? Sama sama masih muda, darah muda. Ada yang sikap dengki, tapi takboleh nak salahkan orang. Takboleh tuding jari dekat orang, cermin diri, cari kesalahan kekurangan diri sendiri. Lumrah kehidupan, adanya pasang surut, adanya ditinggalkan atau meninggalkan. Kita ni hidup ada pilihan. Sama ada nak ada di takuk yang lama dan menunggu sesuatu yang tidak pasti atau terus melangkah ke hadapan tanpa toleh ke belakang. Past is past. Terapkan dalam hati dan minda, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Janji Allah itu pasti. Sama macam waktu timbulnya matahari terbit. Faham?

Sekarang ni, Alhamdulillah. Dua dua pihak dah cool down and InshaAllah takkan bermasam muka or putus silaturrahim. Doakan yang baik baik. Ada jodoh, bersambung balik. Pisahlah jauh beribu batu sekalipun, kalau dah jodoh takkan ke mana.

Sometimes kena tunjuk kuat walaupun kita tahu diri kita ni tak kuat. Kena tabahkan hati lalui semua ni. Pengalaman mematangkan kehidupan kita, trust me. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Orang buat jahat dekat kita, kita balas dengan kebaikan. Mana tahu dengan cara macam tu, orang tu akan sedar kesilapan dia suatu masa dulu? Kita doakan yang baik baik maka yang datang nanti pun baik baik :)

Last but not least, keep positive! Allah sayang pada semua hambanya.

Moga semua urusan kita semua dipermudahkan dan kita dilindungi serta dirahmati di dunia mahupun di akhirat kelak. Amin, InshaAllah.

Till then, toodles!

Sunday, 19 February 2017

Blog Baru

Assalamualaikum.
Blog baru sempena tahun baru dan kehidupan baru :) 

Doakan yang baik baik, InshaAllah akan dipermudahkan. Janji Allah itu pasti, yang penting jangan putus berdoa okay? Apa pun yang terjadi InshaAllah ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Positive selalu dan focus on what you want!